Pisang batu
Pisang batu

Pisang batu

Pisang batu, pisang benggala atau pisang klutuk (Musa balbisiana)[4][5] ialah spesies pisang liar asal di Asia Selatan. Ia merupakan satu daripada leluhur tanaman pisang moden bersama Musa acuminata. Ia hidup segar dalam rumpunan dan tumbuh dengan lebih tegak berbanding kebanyakan pisang yang ditanam. Bunganya tumbuh dalam jambak dari merah sehingga merah gelap. Buahnya antara biru dan hijau. Ia dianggap tidak boleh dimakan kerana biji benih yang banyak terdapat di dalamnya. Ia boleh dijangkakan bahawa pisang batu pernah dimasak dan dimakan, atau pisang tanaman moden tidak akan berkembang.[6]Pisang batu berbiji dikenali sebagai "butuhan" ('dengan biji benih') di Filipina.[7] Klon partenokarpi semula jadinya wujud melalui poliploid dan menghasilkan pisang yang boleh dimakan. Contohnya ialah pisang saba liar.[8] Ia pertama kali digambarkan pada tahun 1820 oleh pakar botani Itali Luigi Aloysius Colla.[9]Di Malaysia, batang pokok pisang batu diambil dan dimasak sebagai gulai.[10] Daun pisang batu pula digunakan di Thailand bagi membalut manisan tempatan dan bunganya bagi merawat ulser dalam perubatan tradisi.[11]Dalam cerita rakyat Thailand, pokok pisang jenis ini dipercayai didiami oleh semangat, Nang Tani (Bahasa Thai: นางตานี), sejenis hantu berkait dengan pokok yang menampilkan dirinya sebagai gadis muda.[12] Orang sering kali mengikat kain satin berwarna pada batang pokok pisang batu sebagai penghormatan.[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pisang batu http://www.plantnames.unimelb.edu.au/ http://www.plantnames.unimelb.edu.au/Sorting/Musa.... http://www.banana-tree.com/Product_Detail~category... http://www.bananacrop.com/ http://www.bananacrop.com/2010/01/progenitors-of-e... http://lagringasblogicito.blogspot.com/2006/11/wil... http://www.thaiworldview.com/bouddha/animism5.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://thailand-amulets.net/?p=3485 //doi.org/10.1088%2F1755-1315%2F116%2F1%2F012003